Terma & Syarat — Noktah Marketing Consultant

Kemaskini terakhir: 30 Ogos 2026

1. Perkhidmatan

Noktah Marketing Consultant ialah perunding kewangan dan ejen pinjaman bank. Kami BUKAN pemberi pinjaman wang dan tidak menyediakan pinjaman daripada syarikat kami sendiri. Perkhidmatan kami termasuk konsultasi kelayakan, penyediaan permohonan dan perancangan kewangan.

2. Kelulusan Pinjaman

Semua kelulusan pinjaman tertakluk sepenuhnya kepada semakan dan polisi institusi kewangan masing-masing. Kami TIDAK menjanjikan atau menjamin sebarang kelulusan. Keputusan akhir adalah hak mutlak bank/institusi kewangan.

3. Yuran

Tiada caj pendahuluan untuk konsultasi dan proses permohonan. Yuran perkhidmatan profesional hanya dikenakan selepas pinjaman diluluskan dan wang disalurkan kepada pemohon. Jika permohonan tidak diluluskan, tiada yuran dikenakan.

4. Maklumat Pemohon

Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan memberikan maklumat yang benar dan tepat. Pemberian maklumat palsu boleh menyebabkan permohonan ditolak dan kami berhak menamatkan perkhidmatan.

5. Bukan Nasihat Pelaburan

Sebarang maklumat berkaitan pelaburan unit trust adalah untuk tujuan maklumat am. Keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.

6. Hubungi Kami

Noktah Marketing Consultant • 55, Jalan SP, Taman Sri Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor
📱 +60 11-1329 3498 • ✉️ admin@noktahgroup.my

← Kembali